Sunday, March 20, 2011

NOTA HAJI DAN UMRAH ( TINGKATAN 4 )

BAB. 1    PENGERTIAN

1.       Pengertian Ibadah Haji & Umrah

Pengertian Ibadah Haji

·        Perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) Al-Mushrifah
·        Untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu
·        Pada masa-masa tertentu
·        Dengan syarat-syarat tertentu.

Pengertian Ibadah Umrah.

·        Amalan menziarahi Kaabah di Masjidil Haram
·        Untuk mengerjakan Ibadah tertentu
·        Dengan syarat tertentu
·        Pada bila-bila masa.

2.            Perbezaan di antara kedua-dua ibadah tersebut hanyalah pada waktunya, samada waktu tertentu (Miqat Zamani) bagi Haji, ataupun bila-bila masa bagi Umrah.

3.            Waktu bagi mengerjakan Haji (Musim Haji) adalah mulai 1 Syawal (Hari Raya Puasa) hinggalah 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji)

4.            Hukum mengerjakan Haji adalah Wajib sekali sahaja seumur hidup bagi orang Muslim yang mukallaf.

Begitu juga wajib mengerjakan Umrah sekali sahaja seumur hidup.

               Tetapi sekiranya terbatal atau dinazarkan, maka wajib dikerjakan
      Lagi sehingga sempurna.

     Adapun mengerjakan ibadah Haji atau Umrah bagi kali kedua dan
     seterusnya hanyalah Sunat sahaja. Begitu juga sunat bagi kanak-
     kanak dan hamba.

     Fardhu Kifayah bagi seluruh umat Islam setiap tahun.

     Ibadat haji ini tidak wajib disegerakan, tetapi menjadi dosa
     sekiranya meninggal dunia dalam hal dia mampu dan tidak
     menunaikannya.
5.            Tujuan utama kita mengerjakan Haji dan Umrah adalah untuk membersihkan diri dari segala noda dan dosa bukannya untuk mendapatkan gelaran “Haji ataupun Hajjah”.


BAB. 2    SYARAT-SYARAT

  1. Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah

Sekiranya seseorang itu telah memenuhi kesemua syarat berikut, dia adalah wajib mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Sekiranya tidak cukup atau kurang syaratnya, maka si folan itu tidak Wajib mengerjakannya.

                      I.    ISLAM

Tidak sah atau tidak Wajib kepada yang kafir atau murtad.

                   II.    AKIL / BERAKAL

Tidak Sah atau tidak Wajib bagi mereka yang gila atau tidak waras.

                 III.    BALIGH

Tidak diwajibkan kepada kanak-kanak.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan tidak menggugurkan kefardhuan.

                  IV.    MERDEKA

Tidak diwajibkan kepada hamba.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan mendapat pahala.

                     V.    ISTITHA’AH

Berkuasa mengerjakan Haji dan Umrah, tidak diwajibkan kepada
mereka yang belum mencukupi syarat-syarat kemampuan.


  1. Syarat-syarat berkemampuan mengerjakan Haji:
          Ianya terbahagi kepada dua;

a)   Berkuasa dengan sendiri
b)   Berkuasa dengan bantuan orang lain.

A)          Syarat Berkuasa /Mampu dengan Sendiri

                       I.    Berkuasa membayar tambang menambang dan segala perbelanjaan bagi menyempurnakan ibadat Haji atau Umrah dari mula (turun rumah) sehinggalah selesai (balik semula ke rumah sendiri).
                     II.    Mempunyai bekalan atau perbelanjaan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
                   III.    Aman dalam perjalanan pergi dan balik.
                   IV.    Sihat tubuh badan yang memungkinkan dia beribadah.
                     V.    Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji atu Umrah.
                   VI.    Wanita hendaklan mendapatkan izin dari Walinya.
                 VII.    Wanita hendaklah ditemani oleh suaminya atau Mahramnya atau dua orang wanita yang dipercayai.

B)           Berkuasa Dengan Bantuan Orang Lain (Upah Haji)

Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk mengerjakan Haji atau Umrah, tetapi tidak sempat mengerjakannya kerana:

·         Uzur syar’ie
·         Sakit yang tiada harapan sembuh
·         Terlalu tua
·         Telah meninggal dunia


  1. Syarat Upah Haji

Syarat-syarat wakil atau mengambil upah Haji.

                       I.    Dia telahpun menunaikan fardhu Haji untuk dirinya sendiri dan dengan sempurna.
                     II.    Hendaklah melakukan ibadah Haji untuk seorang sahaja bagi satu musim Haji.
                   III.    Mestilah berniat Ihram pada Miqat orang yang dihajikan, atau pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu.
                   IV.    Hendaklah dia seorang yang cukup keahliannya.


BAB. 7     PERKARA-PERKARA SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM;

  1. Mengerat kuku
  2. Menanggalkan bulu ari-ari, ketiak, memotong misai dan mengandamkan janggut dan rambut.
  3. Memakai bau-bauan.
  4. Memakai minyak rambut

    • Pakaian yang berbau / wangi itu jika ditanggalkan dari badan, tidak lagi boleh dipakai dalam Ihram.





BAB. 8      TAWAF DI KAABAH

Amalan mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat SAH Tawaf;

  1. Suci daripada hadas kecil (berwudhuk) dan hadas besar (mandi wajib).
  2. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf.
  3. Menutup aurat.
  4. Bermula dari Sudut / Garisan Hajarul Aswad.
  5. Berniat Tawaf (Jika tawaf Qudum, Nazar, Sunat atau Wida’)
  6. Menjadikan Kaabah itu setentang dengan bahu kiri.
  7. Berjalan itu dengan tujuan Tawaf ( tidak berpaling niat).
  8. Hendaklah di dalam kawasan Masjid Al-Haram dan di luar Kaabah.



No comments:

Post a Comment