Saturday, March 26, 2011

10 Amalan Yang Terbalik

:: 10 AMALAN YANG TERBALIK ::

Marilah kita bermuhasabah @ menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang2 kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut2 dgn budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik: -

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh2 di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita berada pada landasan dan ajaran Islam yg sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yg mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
WallahhuAlam.

Golongan Wanita Yang Diseksa Dalam Neraka

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka "Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Fatimah, adapun tentang;

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."

Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).





Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata: "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". -- (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".

Diceritakan dari Aisyah r.a.: "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."

Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah s.w.t.


Imam Al-Ghazali menegaskan: "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.""

15 Maksiat Yang Menyebabkan Turun Bala

15 MAKSIAT YANG MENYEBABKAN TURUN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperturutkan kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya;

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan :
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah. "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

12 Barisan Di Akhirat

12 BARISAN DI AKHIRAT
Suatu ketika, Muaz b Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM.

10 Orang Yang Dilaknat Kerana Arak

10 ORANG YANG DILAKNAT KERANA ARAK


Assalamu'alaikum w.b.t...
Sekadar mengingatkan akan laknat dari Rasullah SAW atas orang-orang yangterlibat dalam hal arak. Seperti hadits yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah :

"Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:

  1. Orang yang memerahnya (arak)

  1. Orang yang meminta diperahkan

  1. Orang yang meminumnya

  1. Orang yang membawanya

  1. Orang yang minta dihantarkannya

  1. Orang yang menuangkannya

  1. Orang yang menjualnya

  1. Orang yang membelinya

  1. Orang yang makan harganya.(hasil jualan arak)

Orang yang minta dibelikannya


Oleh karena itu, patutlah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Jauhilah diri kamu semua untuk terlibat didalamnya, meskipun sekecil mungkin. May Allah always help and guide us all in His righteous path.









10 Perkara Mematikan Hati

10 PERKARA MEMATIKAN HATI


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya:
"Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham. Mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami? "Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:


1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al- Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.










3 Cara Syaitan Perdaya Anak Adam

3 CARA SYAITAN PERDAYA ANAK ADAM

SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa. Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.
Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata:
Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.”

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata:
"Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab:

"Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.
"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur.

"Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engkau."
Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.
Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api

7 Jenis Wajah Mayat Dalam Kubur

7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR.


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan... syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


2. Mayat yang mukanya berbentuk ****.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...Merompak...Melesapkan duit kawan... dan curi tulang .


5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

4 lelaki ditarik ke neraka

4 LELAKI DITARIK KE NERAKA


Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri,walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T.:-
"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.Semua kaum muslim masuk syurga, janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Sunday, March 20, 2011

Tazkirah Minggu ini : Ustazzairie

Ketika berada di Pasar baghdad , Ibrahim Bin Adham telah ditanya oleh seseorang. Kenapa Doa ada yang tidak dimakbulkan : jawab Ibrahim : " Doa tidak dimakbulkan kerana beberapa perkara :
1. kamu mengenal Allah... tetapi kamu tidak menunaikan haknya ( tahu Allah itu Tuhan, tapi tak tunaikan solat, pakaian tak tutup aurat, tak puasa dan lain2 lagi kewajipan )

2. kamu mengenal Rasulullah S.A.W tetapi tidak mengikut apa yang diajarkan Baginda. ( sayang kepada Rasulullah, sambut maulidur Rasul, tapi tak pernah ubah perangai kepada lebih baik, tak tunaikan sunnahnya, tak bertakhlak mulia )

3. kamu mengatakan syaitan itu musuh kamu tapi kamu berkawan dengannya ( ikut pujukan syaitan dengan melupakan tanggungjawab kepada Allah , buat munkar, hasad dengki dsbg )

4. Kamu nak masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha kepadanya ( cakap nak ke syurga tapi malas solat, malas puasa, buat jahat )

5 kamu tak mahu masuk neraka tetapi tidak berusaha untuk menghindari darinya ( tak mahu keneraka, tapi tak juga buat pahala, malas juga solat, malas juga bersedekah )

itulah yg dapat ustaz sampaikan mlm ni.... lain kali jumpoa lagi, semoga menjadi pedoman dan  ilmu yg berguna. yang penting Ustaz masih sedar siapa ustaz dan siapa diri kita sebenarnya...

NOTA HAJI DAN UMRAH ( TINGKATAN 4 )

BAB. 1    PENGERTIAN

1.       Pengertian Ibadah Haji & Umrah

Pengertian Ibadah Haji

·        Perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) Al-Mushrifah
·        Untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu
·        Pada masa-masa tertentu
·        Dengan syarat-syarat tertentu.

Pengertian Ibadah Umrah.

·        Amalan menziarahi Kaabah di Masjidil Haram
·        Untuk mengerjakan Ibadah tertentu
·        Dengan syarat tertentu
·        Pada bila-bila masa.

2.            Perbezaan di antara kedua-dua ibadah tersebut hanyalah pada waktunya, samada waktu tertentu (Miqat Zamani) bagi Haji, ataupun bila-bila masa bagi Umrah.

3.            Waktu bagi mengerjakan Haji (Musim Haji) adalah mulai 1 Syawal (Hari Raya Puasa) hinggalah 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji)

4.            Hukum mengerjakan Haji adalah Wajib sekali sahaja seumur hidup bagi orang Muslim yang mukallaf.

Begitu juga wajib mengerjakan Umrah sekali sahaja seumur hidup.

               Tetapi sekiranya terbatal atau dinazarkan, maka wajib dikerjakan
      Lagi sehingga sempurna.

     Adapun mengerjakan ibadah Haji atau Umrah bagi kali kedua dan
     seterusnya hanyalah Sunat sahaja. Begitu juga sunat bagi kanak-
     kanak dan hamba.

     Fardhu Kifayah bagi seluruh umat Islam setiap tahun.

     Ibadat haji ini tidak wajib disegerakan, tetapi menjadi dosa
     sekiranya meninggal dunia dalam hal dia mampu dan tidak
     menunaikannya.
5.            Tujuan utama kita mengerjakan Haji dan Umrah adalah untuk membersihkan diri dari segala noda dan dosa bukannya untuk mendapatkan gelaran “Haji ataupun Hajjah”.


BAB. 2    SYARAT-SYARAT

  1. Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah

Sekiranya seseorang itu telah memenuhi kesemua syarat berikut, dia adalah wajib mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Sekiranya tidak cukup atau kurang syaratnya, maka si folan itu tidak Wajib mengerjakannya.

                      I.    ISLAM

Tidak sah atau tidak Wajib kepada yang kafir atau murtad.

                   II.    AKIL / BERAKAL

Tidak Sah atau tidak Wajib bagi mereka yang gila atau tidak waras.

                 III.    BALIGH

Tidak diwajibkan kepada kanak-kanak.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan tidak menggugurkan kefardhuan.

                  IV.    MERDEKA

Tidak diwajibkan kepada hamba.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan mendapat pahala.

                     V.    ISTITHA’AH

Berkuasa mengerjakan Haji dan Umrah, tidak diwajibkan kepada
mereka yang belum mencukupi syarat-syarat kemampuan.


  1. Syarat-syarat berkemampuan mengerjakan Haji:
          Ianya terbahagi kepada dua;

a)   Berkuasa dengan sendiri
b)   Berkuasa dengan bantuan orang lain.

A)          Syarat Berkuasa /Mampu dengan Sendiri

                       I.    Berkuasa membayar tambang menambang dan segala perbelanjaan bagi menyempurnakan ibadat Haji atau Umrah dari mula (turun rumah) sehinggalah selesai (balik semula ke rumah sendiri).
                     II.    Mempunyai bekalan atau perbelanjaan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
                   III.    Aman dalam perjalanan pergi dan balik.
                   IV.    Sihat tubuh badan yang memungkinkan dia beribadah.
                     V.    Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji atu Umrah.
                   VI.    Wanita hendaklan mendapatkan izin dari Walinya.
                 VII.    Wanita hendaklah ditemani oleh suaminya atau Mahramnya atau dua orang wanita yang dipercayai.

B)           Berkuasa Dengan Bantuan Orang Lain (Upah Haji)

Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk mengerjakan Haji atau Umrah, tetapi tidak sempat mengerjakannya kerana:

·         Uzur syar’ie
·         Sakit yang tiada harapan sembuh
·         Terlalu tua
·         Telah meninggal dunia


  1. Syarat Upah Haji

Syarat-syarat wakil atau mengambil upah Haji.

                       I.    Dia telahpun menunaikan fardhu Haji untuk dirinya sendiri dan dengan sempurna.
                     II.    Hendaklah melakukan ibadah Haji untuk seorang sahaja bagi satu musim Haji.
                   III.    Mestilah berniat Ihram pada Miqat orang yang dihajikan, atau pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu.
                   IV.    Hendaklah dia seorang yang cukup keahliannya.


BAB. 7     PERKARA-PERKARA SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM;

  1. Mengerat kuku
  2. Menanggalkan bulu ari-ari, ketiak, memotong misai dan mengandamkan janggut dan rambut.
  3. Memakai bau-bauan.
  4. Memakai minyak rambut

    • Pakaian yang berbau / wangi itu jika ditanggalkan dari badan, tidak lagi boleh dipakai dalam Ihram.





BAB. 8      TAWAF DI KAABAH

Amalan mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat SAH Tawaf;

  1. Suci daripada hadas kecil (berwudhuk) dan hadas besar (mandi wajib).
  2. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf.
  3. Menutup aurat.
  4. Bermula dari Sudut / Garisan Hajarul Aswad.
  5. Berniat Tawaf (Jika tawaf Qudum, Nazar, Sunat atau Wida’)
  6. Menjadikan Kaabah itu setentang dengan bahu kiri.
  7. Berjalan itu dengan tujuan Tawaf ( tidak berpaling niat).
  8. Hendaklah di dalam kawasan Masjid Al-Haram dan di luar Kaabah.